Wednesday, June 2, 2010

Angklung


Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan. Angklung berasal dari Indonesia, tetapi popular di seluruh Asia Tenggara.

Permainan

Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.

Pada kebiasaannya permainan muzik angklung dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti kuda kepang dan Barongan.

Sejarah moden

Angklung sedang dimainkan oleh kanak-kanak Jawa Barat pada tahun 1918.

Sungguhpun angklung adalah kesenian suku Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Ia turut popular di negara jiran. Angklung diperkenalkan ke Thailand pada awal abad ke-20, dan ke Malaysia setelah tamat konfrontasi [1]. Bagaimanapun, kini angklung dimainkan secara meluas di Malaysia serta Filipina sebagai sebahagian dari orkestra zilofon buluh.

Kini terdapat angklong moden yang dihasilkan dalam bentuk ensemble yang membolehkan angklong dimainkan oleh seorang pemain sahaja.

No comments:

Post a Comment