Alat tiupan dari jenis-jenis ‘serunai’ yang menggunakan pipit dua lapis (double reed instrument) adalah terdapat di seluruh dunia dan ditakrifkan sebagai alat ‘shawms’. Ia adalah merujuk kepada jenis-jenis alat tiup secara khusus yang mempunyai bentuk seperti ‘kun’ pada pipa melodinya iaitu ‘chanter’ dan menggunakan pipit dua lapis sebagai ‘sounding device’ di India dikenali sebagai ‘Shahnay’, di China dikenali sebagai ‘Sona’, di Sri Lanka dikenali sebagai ‘Harone’ dan di ThailandMalaysia dikenali sebagai ‘Serunai’. Perkataan ‘Serunai’ berasal dari perkataan ‘Nay’, dalam bahasa Parsi bermaksud tiup. Di Iraq alat ini dikenali sebagai ‘Zurna’. Malah alat-alat ‘Shawms’ yang terdapat di Jepun, Korea, ataupun disemua kawasan Asia TenggaraTimur Tengah. Di Maghribi alat ini dikenali sebagai ‘Ghaita’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment